Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday 14 November 2011

Scene di Pagi Hari

Seperti biasa aku bersiap-siap untuk pergi ke tempat aku menjalankan praktikal. Setelah aku siap semuanya termasuk bersarapan aku perlu memanaskan enjin motor aku sebelum memulakan perjalanan. Motor ni perlu di jaga rapi supaya jangka hayat dapat bertahan lama kerana target aku untuk menggunakan segala kudrat enjin motor ni sehingga aku habis belajar seterusnya ke alam pekerjaan.




Sambil tunggu tu aku pun pakai la safety boot ape semua dan check lagi sekali jikalau ada apa-apa barang yang tertinggal. Untuk pengetahuan aku ni jenis orang yang amat pelupa dalam hal yang remeh-temeh. Pernah aku cerita kat sini.


Nampaknya semua sudah di bawa dan aku pun sudah bersiap-sedia untuk memulakan perjalanan. Dengan lafaz Bismillah aku pun memulakan perjalanan.

Sudah sifat kenderaan bermotor, setiap kali perjalanan perlu la di tuang petrol. Cekik darah betol, da la beli mahal nak kena isi minyak pulak. Nak taknak kena la isi jugak. Tak kan aku nak pikul pulak moto ni. Macam takde function pulak motor ni.

Aku pun menyinggah petrol station yang biasa aku pergi ni. Aku betul-betul parking di hadapan petrol pump yang kosong. Setelah aku turun dari motor dan hendak menuju ke kaunter pembayaran tiba-tiba muncul seorang pump attendance untuk membuat transaksi pembayaran. (Kiranya aku bayar kat dia je la untuk isi minyak. Tak payah aku pergi kaunter bayar kat sana.)

Yang buat aku tension, mamat ni muka bukan main toya lagi depan aku. Muka tak ikhlas langsung nak kerja pagi ni. Aku pun malas jugak brader tapi tak perlu la muka nak toya sangat macam tu kan. Sebgai ikon 'ANAK MUDA BERPRESTIJ 2011' aku pun bersangka baik maybe dia protes sebab dapat gaji lambat bulan ni kot; kataku dalam hati.

Selepas not rm 1 sebnyak 3 keping bertukar tangan. Tiba-tiba je mamat ni tersenyum. Aihh, menatang apa dia ni tibe-tibe je senyum. Dia kene strok ke.  Kalo kena strok pun tak kan muka bukan main ceria lagi. Tak kan ni strok alaf baru. Aku betul bingung ketika itu dan sifat ingin tahu aku secara tiba-tiba mendadak naik. Aku ingin tahu apa yang terjadi kat mamat ni yang boleh merubah dia secara drastik dan fantastik.

Mamat tu berjalan melintasi aku dengan muka girang beliau pergi melintasi aku. Aku pun menoleh ke belakang untuk melihat apa yang terjadi pada beliau. Rupa-rupanya...

**********************

Mamat : Iye cik, nak isi berapa ringgit?

Minah : Rm 5 la. (sambil menghukurkan duit)

Selepas memberi duit minah tu pun membuka seat untuk mengisi minyak.

Mamat : Eh,xpe2. Biar saya yang isi kan. (sambil memberi senyuman yang paling ghairah sekali )

Minah : Terima kasih ye..


Aku lepas isi minyak semua, start enjin terus blah sambil menyumpah-nyumpah dalam hati.

@*#!*#*#!*

1 comment: