Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 9 November 2011

It's Tiring but gain a lots of fun

Pagi ni seperti pagi-pagi weekdays yang biasa. Manusia bangun pagi pergi bekerja serta meneruskan aktiviti-aktiviti harian mereka seperti biasa. Aku sebagai pelajar praktikal semestar 4 juga meneruskan aktiviti aku iaitu datang ke tempat kerja aku. ( Cuma lambat sikit la. iyee.Betol  tak tipu ni. Lambat sikit je ) Sampai aje dalam opis aku tengok apehal ramai pula orang ni. Ada jamuan hari raya korban ke. Oh, rupa-rupanya ada meeting. So,ramai la orang lalu-lalang menyiapkan kerja masing-masing. Keadaan ketika itu sungguh sibuk. Orang berjalan tidak menghiraukan satu sama lain. Anak kecil di biarkan menangis , tong sampah yang tidak bersalah di langgar begitu sahaja. ( Ok. Start yang dari aku cakap meeting tu aku tipu je)


Aku seperti biasa pergi ke tempat aku dan melakukan apa-apa yang patut. ( Depan bos kena acah-acah busy sikit.hahaha ) Setelah habis semua kerja dengan kerja orang lain pun aku buat sampai akak cleaner pun goyang kaki je sebab kerja beliau pun aku yang siap kan. Sampai aku dah tak tahu nak buat kerja ape dah.

Nampaknya jam menunjukkan 10.30 pagi tapi semua kerja sudah disiapkan. Haa, baru aku ingat yang CIK MIRA ada nak keluar dengan adik dia pergi sunway. Dia sebenarnya nak pergi dengan geng zaman dia sekolah dulu antaranya paan, mus, coki , jijul. Tapi aku di fahamkan yang mereka semua sibuk. Kesian CIK MIRA tak dapat jumpa kawan-kawan dia.

So,aku ambil keputusan nak ikut dia dengan adik dia pergi Sunway. Aku sebenarnya nak buat surprise kat dia. Konon2nya nak suruh dia pergi dulu kat sana then nanti aku datang. Tapi bila difikirkan yang bosan drive sorang ni so aku ikut je la. Aku pun sms beliau :

   Aku : wa ikut pegi sunway jap lagi ni bole?
   Cik Mira : Jom la. wa set je.
   Aku : Ok. T wa amik lu.

Hahahaha..tak de la. tipu je dialog tu. Jam pun dah menunjukkan 11 pagi ni. Bos-bos pun semua dah masuk meeting tu. Memang afdhal sangatla aku chow sekarang. Hahaha. So, aku pun dengan bergegas blah dari situ dengan sepantas yang mungkin. Dalam 40 minit camtu je da smpai rumah. Pung Pang Pung Pang beberapa minit siap da la aku.

Kemudian aku pun jemput Cik mira dengan adik dia. So, bermula la our journey to Sunway Pyramid. Cehh,bunyi macam jauh je.hahahah.

Sebenarnya aku da penat da nak tulis lagi ni. Lagipun, da cukup panjang aku menulis ni. Macam biasa la, tengok gambar pulak. Pape pun aku seronok sangat dapat gembirakan Cik Mira sebab masa semlamnya aku cakap aku tak dapat ikut dia pergi. Aku cakap aku kerja. Pastu, tiba2 pulak aku cakap dpat ikut. Bukan main suka lagi dia. hahahaha



It's my pleasure to always make a smile on that face.

Amirah Nabilah la punca aku semakin gemuk. huh.



Betul. Aku memang tak suka bergambar. Budak baju putih seblah aku yang paksa-paksa.




Nota Sampingan

1. Cik Mira memang seorang Co-Pilot yang handal.
2. Balik time orang lain balik kerja memang boleh membuat sengal otot.
3. Seperti biasa, makanan Cik Mira aku yang kena habiskan.

No comments:

Post a Comment