Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 3 November 2011

True Story: Billy Sharp scores wonder goal to honor death of his two-day-old son

No.10 : Billy Sharp


Luey Jacob Sharp, anak yang berusia 2 hari kepada penyerang Doncaster Rovers iaitu Billy Sharp dan juga isterinya telah disahkan meninggal dunia. Disebabkan kejadian ini, Sharp dijangkakan akan terlepas perlawanan Npower Championship menentang Middlesbrough. Tetapi diatas insiden ini telah menaikkan semangat beliau untuk terus bermain. Sebagai pengurus Doncaster Rovers, sukar untuk Dean Saunders untuk mengenepikan Sharp dari terus bermain.


"He rung me and asked if he could play - he wanted to play. He wanted to score a goal for his son and his family and he was ready to go. When he said that to me I couldn't really refuse."- Dean Saunders

Jadi Sharp telah diletakkan kembali dalam starting IX selepas terlepas perlawanan menentang Conventry sebelum ini di mana dia turut terpaksa melepaskan tugas sebagai kapten pasukan.

Sebelum perlawanan Sharp meminta ucapan dia dibacakan di hadapan penonton yang kemudiannya di sambut dengan tepukan.
The message read: "This is a minute's applause to celebrate the short life of Billy and Jade's son [Luey] Jacob Sharp.
"Born 27th October, taken by the angels on the 29th. Sleep tight son."

Hanya selepas 14 minit perlawanan bermula, usaha pemain berusia 25 tahun ini berhasil setelah menjaringkan gol pembukaan di mana dia menganggap gol tersebut adalah yang terpenting sepanjang karier dia. Sharp kemudian meraikan jaringan tersebut dengan mengangkat jersi untuk menunjukkan mesej "That's for you, son'


Malangnya, Doncaster tetap menerima kekalahan 3-1 dan meletakkan pasukan ini di kedudukan tercorot liga tetapi selepas perlawanan pengurus pihak lawan telah mengulas malam penuh sentimen tersebut
"I'm delighted for the boy that he's scored such a fantastic goal on such an occasion for him.
"For him to score a wonder-goal, your headlines should be there really - a goal from heaven." - Tony Mowbray

#1 Pesanan Penaja : Siapa kata orang yang main atau minat bola sepak ni tak ada perasaan. Mereka still ade perasaan. Korang dapat tak rasakan betapa kuatnya semgat dia untuk teruskan hidup.

#2 Pesanan Penaja:  Ada video jaringan gol tu tapi aku malas nak bubuh ( sebenarnya tak tahu cara nak letak).

#3 Pesanan Penaja: Aku tulis benda ni dalam keaadaan yang sangat mengantuk. So,ape yang aku baca dan tahu tu la yang aku tulis balik.

#4 Pesanan Penaja: Tido dulu. Assalammualaikum. Zzzzzzzzz

#5 Pesanan Penaja: Korang tambah la sendiri.

No comments:

Post a Comment