Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 24 December 2011

Malaysia...Once again


I dont want to talk much about it. Those who read that ARTICLE i want u take a sit and think over it wisely. Thats it. Thanks for your co - operation. PEACE!

MALAYSIA BOLEH

Inilah MALAYSIA

Semalam aku ada tengok rancangan MAHARAJA LAWAK. Ya, tak ada ape yang menarik untuk di bincangkan dengan rancangan tu. Yang buat aku sedikit curious tatkala aku terbaca ada tulisan pada nama AC MIZAL. I see word DATO' in front of his name. What i can said is what the hell! How come him can get that tittle so easily. What him contribute to Malaysia until get that tittle. I never heard him won any trophy for hosting for asian level instead world! So, i just google about that penganugerahan and found something about that also this picture. Sigghhhh....



Ok. Maybe some of u will said i just dengki for what him achieve. Suka hati korang la kan. But i just can't really understand what him give to our country. For what i know is, he already got many issues in him life. Dengan syarikat gelang dia yang terang-terangan menipu orang ramai. I dont know him got bentley using that money scam. If yes i just hope nothing happen to him when using that luxurious car. In addition, from what i read him also got issue dalam pemberian nafkah with him ex - wife. From what know, that case also seem like never endless. Aku sebenarnya bukan dengki ke apa. Seriously i'm not! I just hope that tittle not so easily to award it or else that word ( tittle ) are not valuable anymore. Just some opinion from ordinary person.

notakaki: Aku nak jadi datuk tungge bercucu je la nanti..


MALAYSIA BOLEH

Wednesday 14 December 2011

Manchester oh MANCHESTER

Minggu lepas aku tengok penyokong Chelsea dengan Arsenal bukan main berjoget-joget lagi pasal MU tak layak knockout stage Champion League. Dorang punye gembira mengalahkan esok macam hari raya je. Aku sebagai penyokong setia Red Devil yang berakal n had a little bit sense of football scene telah mengambil langkah bijak untuk berdiam diri. Bagi dia orang yang suka-suka dulu sebab dua team tu tak pernah pon menang CL. Oleh itu, sebagai seorang yang minatkan bola sepak walaupun tidak berapa pandai main, meh sini aku cerita sikit.

Dengan tersingkirnya dua pasukan daripada manchester iaitu MANCHESTER UNITED dan Manchester SHITTY telah mengejutkan banyak orang. Bahkan makcik-makcik di kampung pun ternganga mulut bila dengar cerita ni. MANCHESTER UNITED yang mempunyai rekod baik dalam kejohanan ini yang dijangkakan dapat layak ke peringkat seterusnya bersama Benfica tampaknya tidak tercapai.  Manchester SHITTY yang mempunyai bekalan duit yang tidak habis-habis dari pak arab (sheikh mansour) juga tampak tidak mampu untuk layak ke pusingan seterusnya.

Well, surprise, surprise. Kedua-kedua gergasi EPL ini hanya layak untuk bermain Europa League. MANCHESTER UNITED sepatutnya layak dengan mudah terpaksa melepaskan slot tersebut kepada Basel dan Benfica. Kegagalan MANCHESTER UNITED untuk mengalahkan kedua-dua pasukan ini di Old Trafford adalah punca kepada penyingkiran mereka.

United kelihatan tidak tajam dan kreatif pada bahagian hadapan meskipun mereka bermain di Old Trafford. Ini dapat dilihat apabila MANCHESTER UNITED hanya mampu membuat hanya sekali kemenangan dengan 3 gol daripada 14 perlawanan mereka itupun ke atas Aldershot Town ( pasukan tercorot dalam League Two ).  it is not the kind of form to get you into the last 16 of the Champions League. In fact, it will not win you the Europa League either.

Roberto Macini dan juga wang berguni-guni dia mungkin sedar seperti Roman Abramovich bahawa Champions League tidak boleh di menangi dengan hanya menggunakan duit. Kalau tak power macam MU, Jangan lautan dalam hendak di duga. Meski pun MC baru je pertama kali melayakkan diri ke CL, mereka pasti layak untuk musim hadapan untuk terus mendapat pengalaman di dalam pertandingan yang lebih kompetitif ini.

Dengan tersingkir dua pasukan dari EPL ini mungkin telah membuat orang tertanya-tanya sama ada EPL masih merupakan faktor utama dalam CL. Hanya masa yang akan menentukan. Tapi walaubagaimanapun, MANCHESTER UNITED masih setanding dengan pasukan seperti Real Madrid, Barcelona, Bayern Munich, Juventus, AC Milan and, of course, we already know Manchester SHITTY are cut below Manchester United.




AWESOME & FUNNY EXAMPLES OF “CELEBRITY CARICATURE ART"


Aku memang tak dilahirkan mempunyai bakat untuk melukis. Aku menulis pun tak cantik ini kan pula nak melukis. Memang hancuss laa. hahaha So, aku amat suka tengok orang yang pandai melukis ni ( maksud aku hasil lukisan dorang). Bagi aku orang yang pandai melukis ni memang bertuah kerana tak semua orang mempunyai kebolehan tersebut. Lagi satu, melukis ni lagi menarik untuk di lihat daripada penulisan yang panjang berjela. ( korang pun mesti da bosan gak baca panjang2 ni kan. tahu da. ) So,tengok je la gambar2 ni. Walaupun dilukis tapi macam real sangat.. ENJOICE..



# Aku tak payah mention nama pun mesti korang da bole tao sape kan. I really admire with those artwork. I hope i can sketch as good as this artwork. However i'm still gratefull for who i am. Peace!







Tuesday 13 December 2011

Perkara yang bole di cuba dalam lif.

1. Berdiri tegak di penjuru lif dan muka menghadap dinding. Jangan berganjak langsung dari posisi tersebut.

2. Menyambut setiap orang yang masuk dengan bersalam dengan mereka dan berorak-borak sekali.

3. Membuat bunyi haiwan secara berulang-ulang.

4.Merenung tajam seseorang di dalam lif dan berkata 'kau salah seorang dari mereka' kemudian berundur ke  
   belakang  secara perlahan-lahan.

5. Menjerit 'TING!' pada setiap tingkat lif tersebut berhenti.

6. Membuat bunyi letupan apabila ada orang menekan butang lif.

7. Membuat bulatan kecil pada lantai lif menggunakan kapur dan larang orang lain daripada memasuki
    bulatan tersebut. Cakap itu RUANG PRIVASI anda.

8. Apabila anda bertiga di dalam lif, sentuh bahu salah seorang dari mereka kemudian cakap 'BUKAN
   SAYA YANG USIK!'.

9. Jatuhkan sebatang pen dan tunggu hingga ada orang yang tolong ambilkan. Kemudian jerit 'ITU PEN
    SAYA!!'.

10. Buat bulatan berkumpulan dan paksa semua orang untuk menyertai aktiviti tersebut.


SELAMAT MENCUBA

# Segala risiko adalah tanggungan diri sendiri.

Saturday 10 December 2011

#10.12.2011

Been all around the world 

I've never met a girl 
Who does the things you do 
And puts me in the mood 
To love you and treat you right 
So come here, and close your eyes 
Lie back, release your mind 
And let the world fall down 
While I'm by your side 



I'll be your man through the fire 
I'll hold your hand through the flame 
I'll be the one you desire 
Honey, cause I want you to understand 
I'll be your man 



I'll be your man 



ONE YEAR SEVEN MONTHS

Tuesday 6 December 2011

Jenis-Jenis Car Wash

Perniagaan car wash sudah tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Shitt. Ape aku merepek ni. Tiba-tiba je mood nak menulis macam budak nak jawab spm ni apehal plak. OK. Sebenarnya aku nak cerita pasal car wash . Alaaa,tempat nak cuci kereta tu. Padahal, nama je 'car wash' tapi ade je lori,motor basuh kt situ. Macam tak kena je letak nama car wash.

Ahh, lantak la dengan nama tu. Peduli apa aku. Janji setiap kali aku hantar bersih. Sepanjang aku menggunakan perkhidmatan dorang ni da banyak jenis servis yang aku terima. Aku sebagai makhluk yang agak pemalas untuk basuh sebdiri terpaksa terima dengan redha dan rela hati.

Aku juga perlu memberi sokongan kepada golongan marhaen ini demi untuk mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan yang semakin tinggi cabaran survivalnya. Dalam banyak-banyak tempat car wash ni ada beberapa jenis servis yang dapat aku perhatikan...




1. Siap Cepat tapi Tak Bersih

Ada satu tempat ni aku pergi time tu dah nak dekat raya puasa da. So,bnyak tempat lain da tutup aku pun try la tempat ni basuh kereta. Sampai-sampai je tengok da bersusun kereta lain nak basuh jugak. Aku pun tunggu je la sebab tempat lain mesti da tak buka da. Tak sampai beberapa minit turn aku pulak. Lepas aku parking, aku duduk la dekat tempat yang disediakan.

Dari apa yang aku perhatikan, cara kerja dorang memang efisien. Ada yang tugas dia basuh je. Ada lagi sorang vacuum. Ada lagi sorang lap lepas da basuh tu. So, memang cepat la cara dorang buat kerja. Aku pun rasa puas hati dan nak datang situ lagi la lepas ni. Tapi bila da sampai rumah air semua da kering aku tengok ada lagi kotor-kotar yang tak dicuci lagi. Memang hampeh betul.

#Sampai sekarang aku tak datang situ lagi


2. Siap Lambat dan Tak Bersih

Ini yang aku paling bengang. Da la aku pagi-pagi buta datang dengan ngantok time tu sampai nak basuh muka pun tak sempat. ( padahal da 11 lebih da time tu.) Ingatkan kejap je siap sebab aku tengat tempat ni tak de la ramai sangat orang lain time tu. Cuma ada akak sorang tu je. Kejap lagi lambat sangat dorang buat kerja.

Dari apa yang aku tengok pun orang yang kerja situ pun macam budak-budak sekolah tak abis UPSR je lagi. Yang aku suspect de sorang mamat ni cam tua sikit leader dorang la kot. Sumpah lambat sangat dorang wat keja sampai ada akak tu cakap kat aku macam tu. Aku rasa kalo tak panas time tu memang aku tetido da kat situ. Seperti kategori di atas, aku kecewa apabila masih terdapat kekotoran di beberapa tempat.

#Hampir pasti aku tidak akan datang lagi



3. Siap Cepat dan Bersih

Haaa,ni yang paling aku sangat. Aku sampai je terus da ada orang approach aku. Tanya la apa-apa yang patut. Aku tengok dorang wat keja pun pantas je. Macam yang kategori 1 tu, masing-masing da ada tugas yang nk kena wat apa. Aku pun tak de lama sangat kene tunggu time tu. Tengok dorang basuh pun bersih dan teliti je. Tak de kerja sambil lewa.

Aku pun takde la tension sangat nk keluar duit nak bayar dorang punye servis tu. Rasa  ringan je tangan tu nak hulur duit. Tempat ni la paling tiptop sekali kalo nak cuci kereta.

Tapi aku musykil satu benda je lepas blah dari kedai ni. Kenapa lepas aku keluar dari kedai ni aku tengok jumlah syiling semakin susut. Kebnyakkan yang 50 sen pulak tu. Hampeh betul! Buat penat puji je.

#Aku akan datang lagi kedai ni tapi aku akan pastikan hanya syiling 10 sen je yang tinggal.