Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 14 December 2011

Manchester oh MANCHESTER

Minggu lepas aku tengok penyokong Chelsea dengan Arsenal bukan main berjoget-joget lagi pasal MU tak layak knockout stage Champion League. Dorang punye gembira mengalahkan esok macam hari raya je. Aku sebagai penyokong setia Red Devil yang berakal n had a little bit sense of football scene telah mengambil langkah bijak untuk berdiam diri. Bagi dia orang yang suka-suka dulu sebab dua team tu tak pernah pon menang CL. Oleh itu, sebagai seorang yang minatkan bola sepak walaupun tidak berapa pandai main, meh sini aku cerita sikit.

Dengan tersingkirnya dua pasukan daripada manchester iaitu MANCHESTER UNITED dan Manchester SHITTY telah mengejutkan banyak orang. Bahkan makcik-makcik di kampung pun ternganga mulut bila dengar cerita ni. MANCHESTER UNITED yang mempunyai rekod baik dalam kejohanan ini yang dijangkakan dapat layak ke peringkat seterusnya bersama Benfica tampaknya tidak tercapai.  Manchester SHITTY yang mempunyai bekalan duit yang tidak habis-habis dari pak arab (sheikh mansour) juga tampak tidak mampu untuk layak ke pusingan seterusnya.

Well, surprise, surprise. Kedua-kedua gergasi EPL ini hanya layak untuk bermain Europa League. MANCHESTER UNITED sepatutnya layak dengan mudah terpaksa melepaskan slot tersebut kepada Basel dan Benfica. Kegagalan MANCHESTER UNITED untuk mengalahkan kedua-dua pasukan ini di Old Trafford adalah punca kepada penyingkiran mereka.

United kelihatan tidak tajam dan kreatif pada bahagian hadapan meskipun mereka bermain di Old Trafford. Ini dapat dilihat apabila MANCHESTER UNITED hanya mampu membuat hanya sekali kemenangan dengan 3 gol daripada 14 perlawanan mereka itupun ke atas Aldershot Town ( pasukan tercorot dalam League Two ).  it is not the kind of form to get you into the last 16 of the Champions League. In fact, it will not win you the Europa League either.

Roberto Macini dan juga wang berguni-guni dia mungkin sedar seperti Roman Abramovich bahawa Champions League tidak boleh di menangi dengan hanya menggunakan duit. Kalau tak power macam MU, Jangan lautan dalam hendak di duga. Meski pun MC baru je pertama kali melayakkan diri ke CL, mereka pasti layak untuk musim hadapan untuk terus mendapat pengalaman di dalam pertandingan yang lebih kompetitif ini.

Dengan tersingkir dua pasukan dari EPL ini mungkin telah membuat orang tertanya-tanya sama ada EPL masih merupakan faktor utama dalam CL. Hanya masa yang akan menentukan. Tapi walaubagaimanapun, MANCHESTER UNITED masih setanding dengan pasukan seperti Real Madrid, Barcelona, Bayern Munich, Juventus, AC Milan and, of course, we already know Manchester SHITTY are cut below Manchester United.




No comments:

Post a Comment