Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 6 December 2011

Jenis-Jenis Car Wash

Perniagaan car wash sudah tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Shitt. Ape aku merepek ni. Tiba-tiba je mood nak menulis macam budak nak jawab spm ni apehal plak. OK. Sebenarnya aku nak cerita pasal car wash . Alaaa,tempat nak cuci kereta tu. Padahal, nama je 'car wash' tapi ade je lori,motor basuh kt situ. Macam tak kena je letak nama car wash.

Ahh, lantak la dengan nama tu. Peduli apa aku. Janji setiap kali aku hantar bersih. Sepanjang aku menggunakan perkhidmatan dorang ni da banyak jenis servis yang aku terima. Aku sebagai makhluk yang agak pemalas untuk basuh sebdiri terpaksa terima dengan redha dan rela hati.

Aku juga perlu memberi sokongan kepada golongan marhaen ini demi untuk mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan yang semakin tinggi cabaran survivalnya. Dalam banyak-banyak tempat car wash ni ada beberapa jenis servis yang dapat aku perhatikan...




1. Siap Cepat tapi Tak Bersih

Ada satu tempat ni aku pergi time tu dah nak dekat raya puasa da. So,bnyak tempat lain da tutup aku pun try la tempat ni basuh kereta. Sampai-sampai je tengok da bersusun kereta lain nak basuh jugak. Aku pun tunggu je la sebab tempat lain mesti da tak buka da. Tak sampai beberapa minit turn aku pulak. Lepas aku parking, aku duduk la dekat tempat yang disediakan.

Dari apa yang aku perhatikan, cara kerja dorang memang efisien. Ada yang tugas dia basuh je. Ada lagi sorang vacuum. Ada lagi sorang lap lepas da basuh tu. So, memang cepat la cara dorang buat kerja. Aku pun rasa puas hati dan nak datang situ lagi la lepas ni. Tapi bila da sampai rumah air semua da kering aku tengok ada lagi kotor-kotar yang tak dicuci lagi. Memang hampeh betul.

#Sampai sekarang aku tak datang situ lagi


2. Siap Lambat dan Tak Bersih

Ini yang aku paling bengang. Da la aku pagi-pagi buta datang dengan ngantok time tu sampai nak basuh muka pun tak sempat. ( padahal da 11 lebih da time tu.) Ingatkan kejap je siap sebab aku tengat tempat ni tak de la ramai sangat orang lain time tu. Cuma ada akak sorang tu je. Kejap lagi lambat sangat dorang buat kerja.

Dari apa yang aku tengok pun orang yang kerja situ pun macam budak-budak sekolah tak abis UPSR je lagi. Yang aku suspect de sorang mamat ni cam tua sikit leader dorang la kot. Sumpah lambat sangat dorang wat keja sampai ada akak tu cakap kat aku macam tu. Aku rasa kalo tak panas time tu memang aku tetido da kat situ. Seperti kategori di atas, aku kecewa apabila masih terdapat kekotoran di beberapa tempat.

#Hampir pasti aku tidak akan datang lagi



3. Siap Cepat dan Bersih

Haaa,ni yang paling aku sangat. Aku sampai je terus da ada orang approach aku. Tanya la apa-apa yang patut. Aku tengok dorang wat keja pun pantas je. Macam yang kategori 1 tu, masing-masing da ada tugas yang nk kena wat apa. Aku pun tak de lama sangat kene tunggu time tu. Tengok dorang basuh pun bersih dan teliti je. Tak de kerja sambil lewa.

Aku pun takde la tension sangat nk keluar duit nak bayar dorang punye servis tu. Rasa  ringan je tangan tu nak hulur duit. Tempat ni la paling tiptop sekali kalo nak cuci kereta.

Tapi aku musykil satu benda je lepas blah dari kedai ni. Kenapa lepas aku keluar dari kedai ni aku tengok jumlah syiling semakin susut. Kebnyakkan yang 50 sen pulak tu. Hampeh betul! Buat penat puji je.

#Aku akan datang lagi kedai ni tapi aku akan pastikan hanya syiling 10 sen je yang tinggal.

No comments:

Post a Comment