Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 26 October 2011

Sebulan je lagi praktikal mahu habis bro.

*Entries ini ditulis buat kali kedua.(Kurang ajar punye internet)


Fuuuuuuuuuuuuuu. Kejap je da nak habis bulan 10 . Aku rasa baru semalam je aku baru start masuk daftar kat company Inai Kiara sdn.bhd. untuk start aku punye praktikal session. Masa mula2 masuk memang aku rasa loser giler sebab aku praktikal sorang2 n takde sape pun aku nak ajak berborak. DAMN!! betul do. Rasa cam tunggul sebab orang lain masa tu sibuk dengan kerja dorang masing2. Tak kan lah nak layan budak praktikal macam aku ni. Da la aku kene duduk kat HQ die time tu. Nasib baik la time mula2 tu cik mira tengah tunggu panggilan masuk belajar. So,most of the time her keep accompany me trough sms-ing. phew~ (thanx a lot dear)

Da masuk hari kedua baru aku dihantar pergi site office. Aku ingat jauhla. rpe2nye dekat2 situ jugak, Masa tu ketua department HR dengan assistant dia yang hantar aku. Masa dalam kereta tu aku dengar dorang borak2 tapi satu habuk pun aku tak faham. Aikkk,kalo bahasa mat salleh pun tak kan satu habuk pun aku tak faham. Betol2 English pedalaman ni. Last2 baru aku tahu yang dorang ni ckap bahasa sarawak. Ape daa. hahaahha

Dalam 20 minit je da sampai. Tak jauh mana pun. Dan start haritu aku akan bermaustain kat opis tu. Banyak la yang aku belajar dalam masa 4 bulan ni. Bagaimana kerja2 seorang jurutera awam yang terpaksa berjemur berjam2 kat bawah matahari. Tu da memang sebahagian dari bnde yang memang akan kene kat sape yg amik course macam aku ni. Hasilnya dlam masa beberapa minggu tu da bole merubah wrne kulit aku, Tangan kiri aku da siap bole berbelang dengan tempat aku pkai jam tu elok je cerah. Dah macam kuda belang da. hahaha
Tapi aku xkisah pun. Cik mira pon xkesah. hehehehe.

Dalam masa 4 bulan tu juga aku da belajar macam2 benda. Piezometer, Inclinometer, RFI, Revetment, Geotextile dan macam2 lagi la. Bagi aku pengalaman aku praktikal ni sangat berharga. Memang xbole nak cari kat mana2 je. Aku bangga menjadi pelajar politeknik yang terdapat satu semestar setiap pelajar menjalani latihan industri, Aku bangga dengan institusi pengajian yang aku pilih ni. Aku juga tidak pernah menyesal dalam setiap jalan yang aku pilih dan aku pastikan aku berusaha hingga akhir.

Aku juga akan bangga apabila interview nanti akan ditanya soalan macam ni :

S : APA PENGALAMAN KERJA AWAK?

A : SAYA PERNAH MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DARI 4/7/2011 HINGGA 2/11/2011

No comments:

Post a Comment